Friday, 16 December 2016

Petua : Melebatkan rambut

Assalamualaikum.....






Rambut adalah mahkota wanita. setiap perempuan pasti ingin memiliki rambut yang lebat, hitam dan menawan. Tapi tahukah anda untuk mendapatkan rambut yang lebat anda tak perlu berbelanja banyak atau pergi ke pusat rawatan rambut.

Disini saya akan kongsikan tips untuk memiliki rambut yang lebat hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat dirumah. Jom sama-sama kita lihat bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah :-


1. DAUN LIDAH BUAYA



Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.


2. JUS OREN



Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.


3.TELUR


Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.


4.MINYAK KELAPA


Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.


Harap anda semua dapat cuba petua yang saya berikan ini, kerana bahan-bahan yang diperlukan sangatlah mudah untuk didapati dan tidak memerlukan kos yang banyak untuk mendapatkannya. 

Selamat Mencuba!





No comments:

Post a Comment