Thursday, 15 December 2016

Tips : Kuruskan badan

Assalamualaikum.....





Arghh berat badan makin naik! susah betul nak kuruskan badan. hahahaha ini yang selalu terjadi dekat saya. 

Dekat sini saya akan kongsikan tips-tips untuk kuruskan badan. Diharapkan agar apa yang saya kongsikan ini, boleh sama-sama kita amalkan, agar kehidupan kita lebih sihat dan kurangkan obesiti rakyat malaysia :p


1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS

Kalau dah rasa nak diet tu, benda ni paling penting untuk memulakan sesi diet kita. setkan minda untuk kurus, elakkan untuk bertangguh untuk lakukan minggu depan atau bulan depan. Jika anda berfikiran sebegini, sampai bila-bila pun tak akan kurus.

2. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Makan kerap tapi dalam portion yang kecil. Seeloknya anda lebihkan protein dan sayuran dalam hidangan ketika makan. 

3. ELAKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS

Kalau boleh jika anda dah mula berdiet, elakkan lansung untuk minum air manis dan makan-makanan yang manis, sebab jika kita mengambil gula berlebihan akan menimbulkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis. Jadi baik elakkan ya. Air masak adalah paling terbaik sekali dan zero kalori! 

4. BANYAKKAN BERJALAN & BERJOGGING

Jangan bagi banyak alasan untuk malas buat senaman. Anda tidak perlu pergi ke gym. Cuma anda perlukan beri sedikit waktu untuk melakukan aktiviti senaman. Tidak perlu masa yang banyak pun sebenarnya cukup sehari anda luangkan waktu 30-40 minit pegi ke taman berdekatan rumah dah berjalan @ berjogging sekitar taman. 

5. MINUM AIR MASAK

Anda perlu meminum air masak setiap hari dengan jumlah yang diperlukan oleh berat badan.  Disini saya sertakan cara kiraannya



Rosmah - berat 75kg
1 liter - 25kg
jadi Rosmah perlu minum 3liter sehari!!!!

berapa berat anda?
jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari
untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat Badan Bahagi 25kg = ) 


Kalau anda ingin baca kisah inspirasi orang yang berbadan besar berjaya kurus anda boleh pergi ke laman web ini KEVIN ZAHARI untuk menaikkan lagi semangat anda.

Akhir kata, nak kurus bukan mudah ia memerlukan semangat yang tinggi dan paling penting diri sendiri yang akan menentukan sesuatu kejayaan. Tak perlu upah personal trainer beribu ringgit, jika diri sendiri tidak berdisiplin :) 

No comments:

Post a Comment