Assalamualaikum...
Hai nama saya Siti Normalia Binti Abdul Jamal, kad matrik bernombor 229879. Saya merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan Komunikasi Universiti Utara Malaysia, Kuala Lumpur.
Saya berkhidmat di unit Malaysia Emergency Response Service ( MERS 999). Saya amat meminati sesuatu yang cantik dan cintakan keindahan alam semulajadi. Disamping itu jika ada masa terluang ketika hujung minggu saya suka lakukan aktiviti yang lasak.
Didalam blog ini saya sertakan pelbagai tips dan petua kecantikan untuk dikongsikan kepada semua pembaca. Diharapkan apa yang saya kongsikan didalam blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua.
Friday, 16 December 2016
Tips : Diet Bintang Hollywood
Assalamualaikum....
Jom kita lihat macam mana cara artis hollywood berdiet.
Jom kita lihat macam mana cara artis hollywood berdiet.
1.Angelina Jolie
“Watak Lara Croft di dalam filem Tom Raider beberapa tahun lalu memaksa saya mempunyai bentuk tubuh yang fit. Untuk itu senaman sahaja tidak memadai, saya perlu menjaga pemakanan. Saya hanya makan makanan yang dikukus seperti daging serta sayur dan minum air soya.”
2.Carmen Electra
“Sewaktu kanak-kanak tarian adalah hobi, kini, saya jadikan minat itu sebagai medium untuk mengekalkan berat dan bentuk badan. Sambil diiringi muzik kegemaran tentunya sesi menurunkan berat badan bukanlah satu aktiviti yang berat dan menyeksakan.”
3.Miranda Kerr
“Rahsia kekalkan bentuk tubuh menawan ialah banyakkan meminum air. Jika jemu dengan air suam gantikannya dengan jus buah-buahan asli tanpa sebarang perisa tambahan termasuk gula.”
D.I.Y scrub muka
Assalamualaikum....
Anda nak cantik? nak jimat, tanpa berbelanja banyak? jom apa kata hujung minggu ni, rajinkan diri anda untuk D.I.Y scrub muka sendiri.
Disini saya sertakan DIY skrub wajah yang anda boleh lakukan di rumah.
Skrub Gula & Minyak Kelapa
- 1 sudu minyak kelapa
- 2 sudu gula
Campurkan minyak kelapa dan gula ke dalam sebiji mangkuk kecil dan kacau rata. Gosokkan campuran tersebut pada kulit wajah yang sudah dibersihkan dengan pergerakan membulat selama 1 minit. Bilas dengan air suam.
Skrub Beri Biru & Madu
- 1/2 cawan beri biru
- 2 sudu madu
- 1-2 sudu gula
Campurkan ke semua bahan-bahan tersebut ke dalam mesin pengisar. Kisar campuran tersebut sehingga lembut. Gosokkan beberapa lapisan pada wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Cuci dengan air suam.
Skrub Timun & Serbuk Penaik
- 1/3 timun yang dihiris halus
- 1 sudu teh serbuk penaik
Satukan bahan-bahan tersebut dan sapukan ke atas kulit wajah dengan pergerakan membulat. Jika anda mahukan kesan yang lebih menakjubkan biarkan ia selama 5 minit. Bilas dengan air sejuk.
Petua : Melebatkan rambut
Assalamualaikum.....
Rambut adalah mahkota wanita. setiap perempuan pasti ingin memiliki rambut yang lebat, hitam dan menawan. Tapi tahukah anda untuk mendapatkan rambut yang lebat anda tak perlu berbelanja banyak atau pergi ke pusat rawatan rambut.
Disini saya akan kongsikan tips untuk memiliki rambut yang lebat hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat dirumah. Jom sama-sama kita lihat bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah :-
1. DAUN LIDAH BUAYA
2. JUS OREN

Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
2. JUS OREN
Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.
3.TELUR
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.
4.MINYAK KELAPA
Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.
Harap anda semua dapat cuba petua yang saya berikan ini, kerana bahan-bahan yang diperlukan sangatlah mudah untuk didapati dan tidak memerlukan kos yang banyak untuk mendapatkannya.
Selamat Mencuba!
Resort dan hotel di Pulau Perhentian, Terengganu
Assalamualaikum....
Hujung-hujung tahun macam ni, mesti ramai yang dah plan nak pergi bercutikan nak bawak anak-anak, family semua pergi tenangkan fikiran.
Ada ke yang bercadang nak bawak family ke pulau perhentian? Disini saya nak kongsikan resort dan hotel yang ada di pulau perhentian serta link ke website resort-resort tersebut agar mudah untuk anda membuat rujukan.
1. SHARI-LA ISLAND RESORT

Website : http://sharilaresort.com/
2 . BUBU LONG BEACH RESORT
Website : http://www.buburesort.com/
3. ALUNAN BOUTIQUE RESORT
Website : www.alunanresort.com/
4. OMBAK RESORT PULAU PERHENTIAN
Website : http://www.ombak.my/
5. MAYA CHALET
Harap senarai yang saya sertakan diatas dapat membantu anda membuat pilihan untuk penginapan percutian anda, ketika bercuti di pulau perhentian.
Selamat bercuti!
Thursday, 15 December 2016
Tips : Kuruskan badan
Assalamualaikum.....
Arghh berat badan makin naik! susah betul nak kuruskan badan. hahahaha ini yang selalu terjadi dekat saya.
Dekat sini saya akan kongsikan tips-tips untuk kuruskan badan. Diharapkan agar apa yang saya kongsikan ini, boleh sama-sama kita amalkan, agar kehidupan kita lebih sihat dan kurangkan obesiti rakyat malaysia :p
1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS
Kalau dah rasa nak diet tu, benda ni paling penting untuk memulakan sesi diet kita. setkan minda untuk kurus, elakkan untuk bertangguh untuk lakukan minggu depan atau bulan depan. Jika anda berfikiran sebegini, sampai bila-bila pun tak akan kurus.
2. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL
Makan kerap tapi dalam portion yang kecil. Seeloknya anda lebihkan protein dan sayuran dalam hidangan ketika makan.
3. ELAKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS
Kalau boleh jika anda dah mula berdiet, elakkan lansung untuk minum air manis dan makan-makanan yang manis, sebab jika kita mengambil gula berlebihan akan menimbulkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis. Jadi baik elakkan ya. Air masak adalah paling terbaik sekali dan zero kalori!
4. BANYAKKAN BERJALAN & BERJOGGING
Jangan bagi banyak alasan untuk malas buat senaman. Anda tidak perlu pergi ke gym. Cuma anda perlukan beri sedikit waktu untuk melakukan aktiviti senaman. Tidak perlu masa yang banyak pun sebenarnya cukup sehari anda luangkan waktu 30-40 minit pegi ke taman berdekatan rumah dah berjalan @ berjogging sekitar taman.
5. MINUM AIR MASAK
Anda perlu meminum air masak setiap hari dengan jumlah yang diperlukan oleh berat badan. Disini saya sertakan cara kiraannya

Rosmah - berat 75kg
1 liter - 25kg
jadi Rosmah perlu minum 3liter sehari!!!!
berapa berat anda?
jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari
untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga.
(Berat Badan Bahagi 25kg = )
Kalau anda ingin baca kisah inspirasi orang yang berbadan besar berjaya kurus anda boleh pergi ke laman web ini KEVIN ZAHARI untuk menaikkan lagi semangat anda.
Akhir kata, nak kurus bukan mudah ia memerlukan semangat yang tinggi dan paling penting diri sendiri yang akan menentukan sesuatu kejayaan. Tak perlu upah personal trainer beribu ringgit, jika diri sendiri tidak berdisiplin :)
PETUA : Cerahkan kulit muka dengan kunyit
Assalamualaikum......
Perempuan dan kecantikan berpisah tiada. cuba cakap siapa je yang tak nak cantik kan? kalau kita tengok sekarang ni, orang sanggup lakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik menawan, putih gebu, sampai ada yang ambik suntikan vitamin untuk kelihatan putih.
Tapi kalau dah ambik suntikan vitamin ni, kita kena mengeluarkan modal yang agak banyak sedikit. Dari itu dalam entry kali ini, saya nak sharekan petua untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit yang tidak, memerlukan modal yang banyak, dan hasil yang anda akan dapat sangatlah berpuas hati.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :-
1- 2 sudu besar tepung kacang kuda
2- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
( untuk kulit berminyak 1/4 yogurt + sedikit jus lemon )
( untuk kulit kering 2 sudu minyak zaitun atau kelapa )
3- 2 sudu besar madu
Cara-cara membuat :-
- Campurkan tepung dan kunyit bersama-sama.
- Jika anda mempunyai kulit berminyak: Masukkan jus lemon dan gaulkan. Perlahan-lahan campurkan yogurt sehingga pes jadi berkrim. Tambahkan yogurt mengikut citarasa anda.
- Jika anda mempunyai kulit kering: Tambah minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga pes terbentuk. Tambah lagi untuk sehingga masker menjadi agak berkrim.
- Campurkan sedikit madu. Gaulkan.
- Sapukan masker pada bahagian muka dan leher.
- Biarkan masker selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)